src="https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.8.3/jquery.min.js" type="text/javascript">

Pages




Resepi Mudah Roti Puri

Assalamualaikum WBT

    Main entry harini pasal MASAKAN PALING MUDAH. Sesuai untuk anak dara, bujang, mak mak nak masak kudap petang petang kan (^,^) Adik saya cakap roti puri ni rumit tapi bila buat and rasa, mudah je sebenarnya. Ikut kecekapan kamu di dapur. Ye dok?

    Tak guna jugak bercoleteh pepanjang. Orang nak tengok resepi jer HAHAHAHA. Here we go ~


#BAHAN
  • Tepung gandum (2 setengah cawan)
  • Minyak masak (5 sudu)
  • Air masak (ikut keadaan doh)
  • Mauripan (1 sudu)
  • Susu tepung (2 sudu)
  • Gula (2 sudu)
  • Garam (setengah sudu)


#CARA
  • Ambil cawan, AIR MASAK SEPARUH CAWAN yang digunakan untuk sukat tepung, GULA dan GARAM. Kacau sampai larut.Tujuannya ialah untuk sekatakan rasa garam dan gula dalam doh.
  • Ambil mangkuk besar. Masukkan TEPUNG GANDUM, MINYAK, SUSU TEPUNG, MAURIPAN. Kacau sehingga sekata semua bahan kering.
  • Masukkan BAHAN DALAM CAWAN tadi ke dalam mangkuk secara SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
  • Gaul sehingga tepung tersebut menjadi doh. Adunan asal akan melekit pada tangan, maka  ulikan selama 5 minit.
  • Doh sudah siap ! Maka ambil kain dan basahkan serta perahkan ia untuk menutup mangkuk doh tadi untuk kegebuan doh. Setelah itu, jangan masukkan dalam peti ais, risau keras pulak. Perapkan selama 30 minit dan ke atas (LAGI LAMA LAGI BAIK)
#TIPS
  1. Bulatkan doh dan penyetkan. Jangan buat semua sekali ! Kerana nanti doh tersebut akan leper dan tidak mendapat hasil gebunya.
  2. Sentiasa tutup mangkuk doh dengan kain basah apabila kamu sedang tengok puri atau penyetkan doh.
#CARAMEMASAK
  • Guna minyak banyak (tak perlu over banyak sangat). 
  • Panaskan minyak sampai kuali tuh dah berasap.
  • Masukkan doh tersebut dalam kuali. Tekan dan tekan puri tersebut untuk kegebuannya.
  • Masaknya SEMINIT JE, terbalik, terbalik, siap. Kena selalu main dengan api.
  • SIAP.

Di sini, secara ringkasnya, PURI INI SESUAI UNTUK DIBAWA KE MANA MANA SEBAB BOLEH HIDANG DENGAN SARDIN ATAU KARI AYAM.

SELAMAT MENCUBA !

By,
-AH-

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . السلام عليكم و رحمة الله و بركاته