src="https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.8.3/jquery.min.js" type="text/javascript">

Pages




Kertas Kerja Program Kitar Semula by Aainaa Balqis



KERTAS  KERJA
MINGGU KITAR SEMULA





KERTAS KERJA
MINGGU KITAR SEMULA

TARIKH
25 FEBRUARI – 1 MAC 2013

TEMPAT
PERSEKITARAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL TAQWA

ANJURAN
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

TEMA








KERTAS KERJA
MINGGU KITAR SEMULA
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL TAQWA


1.0    TUJUAN
 
Kertas kerja yang dikemukakan ini adalah untuk permohonan bantuan kewangan dan perincian mengenai program Minggu Kitar Semula .


2.0  PENDAHULUAN  

Persatuan Sains dan Matematik berhasrat untuk melaksanakan Minggu Kitar Semula atas kesedaran bahawa kebersihan persekitaran Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa dibawah tahap yang sederhana dan kapasiti tapak pelupusan sampah kita yang semakin terhad . Lebih membimbangkan lagi , beberapa ekor anjing dari kolam ikan yang berdekatan sentiasa berkeliaran di sekitar sekolah pada waktu malam sering menggonggong sampah sarap sehingga menyebabkan percemaran udara . Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul , memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah sarap . Sebagai permulaan , Persatuan Sains dan Matematik bercadang untuk mengehadkan pengumpulan terhadap kertas , botol dan plastik , kotak dan tin minuman memandangkan bahan-bahan ini paling banyak didapati di persekitaran sekolah . Sehubungan dengan perkara ini juga , program ini akan melibatkan semua pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa dan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik akan bertanggungjawab untuk menyelia pengumpulan bahan-bahan dan memastikan program ini akan berjalan dengan lancar .


3.0  OBJEKTIF


Objektif pelaksanaan Minggu Kitar Semula adalah :-
3.1  Melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.
3.2  Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri setiap pelajar.
3.3  Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.


4.1  TEMA
 
“Kebersihan Separuh daripada Iman”


5.0  ANJURAN
 
Persatuan Sains dan Matematik ,
Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa .

6.0  TARIKH DAN MASA

6.1  Tarikh    : 25 Februari 2013 – 1 Mac 2013
6.2  Masa      : 1.15 petang hingga 1.25 petang

7.0  TEMPAT PROGRAM
 
Tempat program yang dicadangkan ialah persekitaran Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa .

8.0  STRUKTUR ORGANISASI
 
Rujuk Lampiran A


9.0  BELANJAWAN
 
Rujuk Lampiran B

10.0  PENUTUP
 
Diharapkan program ini akan mencapai matlamat seperti yang telah ditentukan iaitu melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian , memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri setiap pelajar dan mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa . Semoga program ini berjalan lancer dan mendapat sokongan semua pihak . Sekian , terima kasih .



Disediakan oleh:


........................................
AAINAA BALQIS BINTI MOHAMAD RIZAL HADDI
Timbalan Pengerusi Program
Program Minggu Kitar Semula
Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa


Disahkan oleh:


.........................................
USTAZ ABDUL ABIDI BIN MOHAMAD MAZNAN
Ketua Penasihat
Persatuan Sains dan Matematik
Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa


Diluluskan oleh:


...........................................
USTAZ ZAKRIL EMRI BIN MAD GHAZALI
Timbalan Penaung



Disokong oleh:


...............................................
USTAZ LUKMANUL HAKIM BIN ABU KASSIM
Penaung


  LAMPIRAN A                   

STRUKTUR ORGANISASI
MINGGU KITAR SEMULA


Penaung
Ustaz Lukmanul Hakim bin Abu Kassim

Timbalan Penaung
Ustaz Zakril Emri bin Mad Ghazali

Guru Penasihat
Ustaz Abdul Abidi bin Mohamad Maznan

Pengerusi Program
Abdul Shahfiq bin Abdul Majid

Timbalan Pengerusi Program
Aainaa Balqis binti Mohamad Rizal Haddi

Setiausaha
Afifah Hawani Fikriyah binti Ahmad Omar

Bendahari
Amin


AJK Pelaksanaan:

Muslimin :
Aizat (Tingkatan 4 Saidina Ali)
Isma (Tingkatan 3 Abdul Rahman Auf)
Muslimat :

Hasyimah (Tingkatan 5 Abu Bakar As-Siddiq)
Yasmeen (Tingkatan 3 Siti Khadijah)
Asma (Tingkatan 2 Asma’ Abu Bakar)
Siti Aishah (1 Sumaiyyah)

 
LAMPIRAN B

BELANJAWAN
Anggaran Perbelanjaan
Bil.
Perkara
(RM)































JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca . السلام عليكم و رحمة الله و بركاته